24 January 2014

Kemanisan Setiap Kejatuhan


Saat kita sedang menghitung hari bila kesedihan yang datang akan tamat, bila saatnya Tuhan akan gapai kita dan peluk erat kita dalam diam, dalam tidak sedar ada kita punya dua pilihan sama ada berlari jauh dari Tuhan kerna kita terlalu kecewa dengan kejatuhan yang Dia kongsikan atau kembali pada Dia.

Untuk setiap rasa duka, kecewa, jatuh dan celaka, kita sentiasa ada Dia yang malangnya kita sering lupa saat kita sedang gembira, bahagia,

Sebenarnya, ada kemanisan dalam setiap kejatuhan yang tak pernah kita minta. Kerna kita terlalu sibuk meraikan rasa yang tidak-tidak jadi kita terlupa ada rasa yang lebih berharga daripada segalanya.

Tak, sayang, kita bukan tergolong dalam orang-orang derita. Kita sentiasa bahagia, akan selalu dipeluk bahagia jika bahagia yang kita punya kita kongsi dan tunjang bahagia kita adalah Dia.

Tuhan.


Senjata terbesar yang kita ada cumalah doa serta sujud panjang bersama ketenangan yang jarang sekali kita endahkan dulu.

4 comments:

AdinataGus said...

sangat bermakna.Salam Jumaat :)

hanaahmad said...

jadi, ayuh raikan kesederhanaan ! :)

http://apy-10.blogspot.com/ said...

sentiasa lah ingat pada tuhan

si ngokngek said...

kali ini sangat syahdu dan deep.ada banyak yang tertinggal