28 February 2014

Move On.


Dua minggu lepas, aku baru hilang kucing yang paling aku sayang. Mati, sakit. Bendanya, aku tahu dia tak boleh hidup lama. Cuma, kau tahu kan bila kita sayangkan sesuatu, kita nak selalu percaya keajaiban selalu ada. Kita nak fikir dan percaya apa yang kita nak percaya. Dalam hal ni, aku nak dia ada sampai bila-bila. Tak boleh? Tahu.

Waktu aku sibuk menangis, ibu datang dan tanya satu soalan,
"Kalau ibu mati, takkan awak nak sedih macam ni?"  dan aku cuma jawab,
"Kakak taknak ibu mati. Kakak nak ikut."

Ada masanya kita boleh jadi orang kurang waras, bila berdepan dengan kesedihan. Lagi-lagi kesedihan melibatkan sesuatu yang kita sayang.

Tapi, itulah pada akhirnya, kita (aku) tetap nak percaya, apa yang kita (aku) nak percaya. Walaupun sakit.

Sebab aku macam baik hati.Aku nak kongsi, lagu cover kawan aku ni, seorang makwe. 
 

6 comments:

- elina - said...

ahh rasa nak peluk awak kuat kuat.

manusiaekstinsi said...

be strong aja!

si ngokngek said...

hang memang sayang kucing sampai macam tu.kucing tu takda tinggal anak ke??tabah la

AkuMuzikFilem said...

kat UIA ni memang lambat habis belajar ek, berasa lama dah kat UIA ni..

pemuzik jalanan said...

elina - hehe semua orang perlukan free hugs!

manusiaeksistensi - kalau tak kuat kita takda kat sini

si ngokngek - ceritanya bukan semata mata sebab kucing. Ada yang lebih dalam :)

AkuMuzikFilem - Kambinglah, bapak orang ni sibuk betul sekarang. Nak buat macam mana, 2 tahun lagi la bang.

Päk Läng said...

rindu betul nak tengok dikjah menyanyi sambil main gitar dengan belalai...eh.