28 June 2014

Random 2.0


  1. Sedang cuti semester dan meraikan cuti dengan mencari sedikit wang untuk dibuat joli (makan).
  2. Kehidupan sebagai seorang dewasa tak pernah putus dengan ujian-ujian kecil yang agak janggal untuk orang macam aku. Sekarang aku faham kenapa orang dewasa tak begitu fun dan selalu ambil perkara secara serius.
  3. Sentiasalah bersedia dengan kematian dan kehilangan.
  4. Orang yang jaga aku sejak umur tiga tahun sampai umur 19 dah dijemput Tuhan. Kami dah beli tiket untuk jenguk dia di Surabaya bulan 11 nanti. Tapi, itulah.. Ini kesedihan paling utama dan nyata yang sakitnya datang saat mulai pejam mata.
  5. Patahkan hati seorang lelaki dan dia ambil keputusan untuk bawa diri. Mungkin benar kata orang, bila kita punya kekasih, rata-rata kita akan hilang dua orang teman. Siapa lagi yang mahu pergi?
  6. Anak kucing, hilang, dan kegembiraan hanyalah pinjaman.
  7. Aku sempat baca tulisan kecil tentang, "Tuhan hantarkan ujian-ujian kecil sebagai penghapus dosa".
  8. Kalau ditilik semula kesedihan yang mampir cuma terselit diantara seribu satu kegembiraan yang tak kekal tapi akan sentiasa ada.
  9. Selamat menjalani ibadah puasa.
  10. Ya, menulis adalah salah satu cara kita hamparkan rasa sedih dengan cara yang tidak begitu dramatik.

2 comments:

AdinataGus said...

suka dengan idea menulis 'random' seperti ini.selamat berpuasa pemuzik jalanan.

Cikedies said...

begitu juga dengan perempuan dewasa yang kecewa. ahh dunia ini hnya sementara. selamat berpuasa. moga bahgia milik kita semua.