31 December 2015

The Last Chapter; Page 365 of 365


Azan Asar.

Saya sedang duduk di meja belajar, siapkan diri untuk peperiksaan Introduction to Fiqh, sambil dengar alunan suara Hafiz Hamidun melagukan Zikr. Entah dari mana tiba tiba datang rasa sebak. Harini hari terakhir dalam tahun 2015. Entah ada tak perubahan yang saya dah buat. Saya harap setiap tahun saya berniat nak berubah jadi lebih baik, tak banyak, sikit pun jadilah, harap masih ada perubahan yang saya dapat buat.

4.54 petang.

Tinggal beberapa jam lagi kita nak sambut tahun baru. Entah berapa lama pula Tuhan beri saya masa untuk menumpang kalini. Malaikat maut jenguk kita 70 kali sehari. Entah entah lepas detik tengah malam kita dah balik ke tempat asal kita.

Hehe, Why am I being too serious?

Takdalah, saya sedar yang selama ni saya terlalu sangat nak jadi terbaik untuk orang orang di sekeliling saya, saya lupa ada hubungan yang saya perlu jaga lebih lagi, dengan Tuhan.

Selamat Tahun Baru, geng. Jangan kejarkan dunia sangat lah. Banyak yang kita hilang nanti.


Tahun depan (esok) kira Pemuzik Jalanan dah 6 tahun. Merapu mendeee tah kat sini sampai 6 tahun tak tahu.

1 comment:

Pelangi said...

Selamat tahun baru awak :)
Insya-Allah, ada kebaikan untuk kita nanti.
Jangan berhenti berusaha!