22 September 2016


Hari ini bermula dengan lebih awal. Selepas subuh saya menyiapkan bekalan tempahan popia dari pelanggan kemudian bersiap siap untuk bergerak ke Melaka.

Seminggu lagi tinggal sebelum saya mulakan kerja. Sebulan lagi sebelum majlis graduasi saya tiba. Sambil menyiapkan sarapan pagi, saya duduk merenung kehidupan saya saat ini. Mengenang kembali kejatuhan yang saya kira sebagai kecelakaan paling besar dalam hidup, buat saya tergelak sendiri. Entah apa yang bermain dalam fikiran saya ketika itu.

Begitulah kita, ada masanya takkan pernah habis mengeluh tentang kehidupan, masa lainnya kita terlalu asyik dengan masa bahagia kita. Lama kelamaan saya belajar yang, hidup memang sementara. Syurga dunia hanyalah 1/10 daripada kehidupan syurga yang sebenarnya. Atau mungkin lebih.

Syukur Tuhan beri pengajaran paling besar buat saya.

Saya tak lagi takut malah lebih bersedia menghadapi kegagalan dan melakukan kesalahan. Dari kejatuhanlah, kita akan belajar.

Belajar untuk lebih memaknai hidup.

:)