25 September 2016

Be kind.

Tengah saya sibuk duk scroll FB, saya terbaca satu post tantang bunuh diri. Lelaki. Tak tahu apa motifnya, tapi dia macam tengah tanya dan minta pendapat pada semua orang, patut tak dia mati.

Dan saya buka ruangan komen.. FOR GOD SAKE?! Tak kisah la dia cuma nak cari perhatian atau apa. KAU ORANG TAKDA HAK LANGSUNG NAK JUDGE DIA! Apa ni? Seronok buat main kan orang? Teruk sangat dah orang kita ni. Nak kata bodoh, kebanyakkannya graduan universiti.Tak kurang juga yang terus boh dengan soal dosa, neraka.. Kau ingat dia nak kisah ke? Aku tau kau beragama. Tapi copy-paste hadith, ayat quran semua tu? Maaf la, itu bukan caranya. LISTEN. Belajar mendengar dari terus redah tembak dan cakap dia macam-macam.

Kalau dia betul betul pilih untuk mati sebab komen "sila meninggal", "pergilah mati, nak sangat mati' acah kelakar kau tu, kau nak bertanggungjawab? Tolonglah, tolonglah belajar faham dan jangan terus judge orang. Aku tak tahu macam mana cara nak buat kau orang faham tentang mental health ni. Depression ni bukan macam depress dan stress yang kau sibuk duk canang tiap hari tu, it's worst!

Kau rasa orang ada suicidal thought ni nak pergi mana? Dekat siapa dia nak bercerita? Apa yang dia boleh buat kalau setiap orang dia jumpa perangai macam tu. Setiap orang judge dia. Sebab dia Islam, kalau bunuh diri masuk NERAKA. Orang tak dengar masalah dia, sibuk nak kasi solution. Again, LISTEN.

Rajin-rajin la membaca dan kaut ilmu, supaya satu hari nanti, kau dapat manfaatkan ia dengan bantu orang. Malas malas pun, belajarlah ambil tahu.

Lastly, again aku selalu quote ayat ni, faham kan lah, "Everyone you meet is fighting a battle you know nothing about. Be kind". 

Kalau korang ada masalah, tak kiralah apa pun, kalau rasa nak bercerita boleh contact Befrienders; call, 03-79568144/03-79568145 atau e-mail sam@befrienders.org.my Hope this help.


Dari kata ganti diri saya ke aku. Sorry, aku marah sungguh ni.

No comments: