08 October 2016

Routine.


Usai Subuh setiap hari aku akan siap - siap ke tempat kerja. Keluar awal, hadap jam dan sampai sebelum jam lapan. Sarapan di tempat kerja, ambil mood fun tapi kekal firm. Kemudian masuk ke kelas bersama dengan my precious little monsters.

Bekerja dengan anak - anak kecil ni memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Tutur kata kena jaga, nak menegur harus kena caranya. Kalau mereka dihukum harus diperjelaskan kenapa. Selesai hukuman, kau kena rangkul dia dalam pelukan supaya dia tahu, dalam marah, kita sayang. Anak - anak kecil ni sensetif. Tutur cara, gaya bahasa badan, segalanya mereka tangkap dan hadam. Kalau salah interpretasi maka lain input yang mereka dapat.

Apa pun, minggu pertama kerja, aku dah jatuh sayang pada semuanya. "Teacher, I poo poo.", "Teacher, I want go nyum nyum.", "Teacher....*menangis*" 

Macam mana lah tak jatuh sayang. Cair.. Nak marah pun tak sampai hati sebenarnya. Apa pun, syukurlah. Aku ingat lagi waktu interview, bos aku tanya kenapa nak kerja sini. Aku jawab "there are two things that I love the most, first is food, second is kids." They provide healthy foods, please. Makan brown rice, oat meal and cereal for breakfast. Hah walaupun tak berapa kena tekak melayu kita, aku telan je sebab free hehe.

I miss my kids already! :*

2 comments:

penulis.sahaja said...

kau kerja mana tet?

pemuzik jalanan said...

Kerja dekat playschool, mont kiara hehe. Meh hantar Nawraa kat aku weyh!