03 October 2016

Of Being Pretentious.

Media Sosial.

Kau tahu apa yang lebih sial dari segala hal - hal sial yang wujud sekarang? Aku ulang, media so-sial. Ada banyak hal yang aku tak gemar tentang media sosial, tempat kebayakan kita yang hidup lari dari kebiasaan. Hidup dalam pura - pura.

Aku tak boleh hadam lansung hidup manusia yang selesa dan rasa bangga mengutuk orang ni. Tak kisah la dalam hal apa sahaja. Cantik tak buat kita sempurna. Sayang la, fizikal tip top tapi dalaman kita tak jaga.

Aku ni kira pengecut juga la tak tegur depan - depan. Tapi, masalah dengan orang yang nampak dia sempurna ni, dia takkan terima teguran walaupun secara baik. Depan kau dia mungkin buat - buat okay, alih - alih, kau pula jadi bahan kutukan dan gosip dia.

Jadi, cara terbaik untuk buat aku takda rasa tak selesa dengan orang macamni, aku jauhkan diri je. Senang. Hati dan mulut aku pun takdala buat dosa kering pada dia. Mengata orang ni sedap weyh, sebab tak kena batang hidung kau sendiri. Aku paling takut bab ni la. Dosa dengan Tuhan kau boleh minta maaf, dengan manusia...

Aku takdalah baik sangat tapi, tu lah tu, semoga kita semua selalu dalam jagaan-Nya. May He guides us to the right path. Always.


No comments: