08 January 2017

A Spoilt Brat.

Had a good talk with Boo yesterday. Tentang hal-hal yang kononnya jadi penyebab kesedihan saya. Now I realized that, it's always me. Saya selalu rasa offended bila orang mula pertikaikan tentang kehidupan saya. Betapa saya tidak perlu bersusah-payah memikirkan perihal kewangan dan sebagainya. Betul ja sebenarnya. Sebab tu bila ada kesusahan yang datang walaupun sekecil kuman saya selalu rasa ia masalah paling besar buat saya. Saya selalu tekankan yang saya dan dewasa dan matang, walhal saya masih saya yang dulu. Dicubit dengan dugaan terus hilang arah menangis seperti anak kecil. A cry baby.

Atas sebab yang lainnya, saya sering membandingkan kehidupan yang saya ada dengan orang lain. Lebih teruk lagi, saya sering lihat apa yang saya tak punya. Ada seribu satu nikmat yang Tuhan beri pada saya tapi saya tetap lihat pada kekurangan dalam hidup saya.

Selepas saya senaraikan antara penyebab saya penat dengan hidup; nyata saya dapat lihat yang saya belum bersedia menginjak ke alam dewasa. Kebanyakannya tentang hal-hal kerja dan perkara remeh tapi saya sibukkan. I hate adulthood, Saya tak suka dengan segala tanggungjawab yang perlu saya pikul. Saya terlalu ingin hidup dalam dunia yang tak realistik. Ditemani rasa seronok dan bahagia sentiasa. Kehidupan yang cuma wujud di Syurga. Ya, sini bukan Syurga.

Saya taklah begitu penat dengan hidup. Bahkan hidup saya taklah sesusah yang saya khabarkan. Saya cuma manja. Saya sendiri yang terlebih memanjakan diri. As much as I hate being an adult, saya takkan boleh lepaskan diri tanggungjawab dan hidup. Saya ada juga rasa nak berhenti kerja. Tapi sampai bila saya nak lari bila keadaan tak berpihak pada saya? Sampai bila saya nak lari dari tanggungjawab dan cari hidup penuh keseronokan? Happily ever after life,tak pernah wujud.

Suka atau tidak, saya masih perlu teruskan apa yang saya mulakan. Tuhan takkan menguji kita lebih daripada kemampuan kita.

What am I? A 13 years old soul living in a 25 years old body? Dah nak masuk 25 tahun pun, masih sama.


Sigh! Kuatlah. You're better than you thought.

2 comments:

penulis.sahaja said...

set a goal.
focus on it.
Ingat Kak Wani pun kahwin dengan aku, umur dia 25.
The point is, bukan kahwin, kau patut letak something yang kau patut kejar.
dan yang lain, tempuh dengan tenang ataupun abaikan.
Sebab kau ada something yg lebih penting untuk dikejarkan.

pemuzik jalanan said...

Kak Wani dengan aku lain la tet. Hehe, sekarang dah jadi ibu lagi.
Banyak lagi kot benda aku nak kejar tapi tak tahulah.. Aku macam ada masa lost juga dengan diri aku. Apa pun, thank you potet! Aku tengah keep calm dan tengoklah apa akan jadi nanti. Macam biasa, peluk cium Nawraa!