4/3/2017.
Impian untuk playing tourist di kota Kuala Lumpur tercapai bilamana, seorang teman bersetuju untuk menemani saya berjalan-jalan menaiki pengangkutan awam dan selebihnya kami berjalan kaki mengelilingi kota. Dari Kampung Baru ke KLCC, ada sisi Kuala Lumpur lain yang dapat saya amati, bukan hanya hiruk-pikuknya sahaja.
Siang bertukar malam, hari saya kemudian diakhiri dengan merdu nyanyian istimewa, sebagai hadiah hari lahir yang ke dua puluh lima, berlatar-belakangkan indah kerlap-kerlip lampu kota.
5/3/2017
Rupa-rupanya, bahagia bukanlah satu bentuk hukuman buat orang-orang yang pernah dahagakannya, seperti saya. Seperti kita, boo.
No comments:
Post a Comment