1. Hampir setahun saya tinggalkan ruangan rahsia, terlalu sibuk dengan persiapan untuk hidup berdua.
2. Pada 8/11/2019 ketika umur S menjengah 32, segala impian saya sejak 7 tahun lalu dimakbulkan Tuhan
3. Sejak hari itu, saya percaya, saya termasuk dalam kalangan mereka yang bahagia.
4. Terlalu banyak emosi yang mengalir saat saya dengar lafaz nikah diakhiri dengan kata 'sah' dari para saksi.
5. Segala kejatuhan kecil, bebanan perasaan; takut (adakah ini pilihan terbaik dan betul), sedih, insecurity (segala hal lalu), kemaafan dan dendam lama pada manusia manusia yang pernah berlaku kejam (saya rasa) pada saya, semuanya saya lepaskan dan tinggalkan pada ketika itu.
6. Ada ketikanya, saya masih belum cukup percaya yang kami telah pun hampir 3 bulan bersama. Kadang kala ianya rasa seperti mimpi.
7. Ada waktu, saya terjaga dari tidur malam, melihat S disebelah yang sedang lena tidur, buat saya rasa terharu. Betul, ini bukan mimpi.
8. Semoga Tuhan pinjamkan segala rasa bahagia ini sedikit lama. Kalau pun segalanya perlu saya pulangkan bila tiba saatnya nanti, saya (kami) harap takkan rasa sedikit pun ralat. Kerana segala perit jerih, susah senang, segalanya kami lalui (bersama).
9. Tiada yang abadi.
Terlalu berat untuk terima kenyataan "tiada yang abadi". Sampai satu masa kita tetap akan terpisah; jauh mana rasa sayang, berat mana kesedihan yang akan datang.
10. Yang kekal cuma Tuhan.
Sampai kita tua, sampai jadi debu.
I wev yu <3
No comments:
Post a Comment