28 February 2020

Selamat Pulang ke Negeri Abadi, ma.

Sehari selepas saya dihantui mimpi ngeri dan fikiran negatif, saya kembali ke Kelantan untuk melawat mama. Rupanya keadaan mama telah pun begitu tenat. Saya dan S, sempat bertemu dan ada bersama mama sebelum nafas terakhirnya.

Tuhan rezekikan saya 3 bulan bersama mama. Terasa begitu sekejap masa berlalu. Belum sempat saya berkenalan lebih mesra dengan mama. Tapi tak sekali pun saya rasa menyesal dengan pemergian mama. Walaupun tak begitu banyak masa kami bersama, saya diberi kesempatan untuk menjaga mama. Setiap kenangan kecil kami bersama, takkan saya lupa.

Terima kasih ma, untuk semuanya.

Selamat pulang ke Negeri Abadi.


Al-fatihah.


No comments: