13 February 2011

Dasar hati besar kuman

Minggu tak berapa nak baik buat aku. Aku tarik nafas sepam dua. Aku cari port nak luah rasa. Rasa kecamuk laa. Baru lepas satu exam,ada tiga lagi nak kena settle.

Aku rasa macam duduk dua alam yang berbeza. Rasa banyak syaitan pelbagai rupa duk bisik pada aku supaya aku selalu rasa tak semangat nak teruskan usaha.


Tak,tak. Aku punya carry marks.....


Argh, kali ni aku terleka lagi. Aku lupa. Aku lupa aku patut bersyukur. Rezeki manusia semua tak sama. Tak apa. Aku tak risau. Aku percaya yang setiap manusia ada jatuh bangun dia.

Tiap kali aku duduk menung nasib,tiap kali tu jugak para syaitan dari yang kurus sampai yang gemuk,yang rendah sampai tinggi melampai,yang muda sampai ke tua buat parti buih rai kemenangan.

P/S: Aku okay,akan okay,pasti harus okay :)

No comments: