06 February 2011

Hati tenang

Keputusan terakhir lagi muktamad. Lepas ni tak ada pusing belakang lagi. Lepas aku rasa cukup puas hati. Segala manusia yang perlu aku jumpa dah aku temu. Aku rasa ini yang paling baik buat aku. Aku dah terima segala pun. Andai ini yang terbaik. Aku redha *apa emo sangat nih -.-

Dari hari pertama aku rasa macam aku tak patut buat keputusan ni. Semangat yang mula mula dulu dah hilang. Aku jumpa dean mintak tandatangan,yelah yang teremo hari tu. DEYM! Macam haram ah. Siap aku jumpa kaunselor segala. Atuk meor si tua kerepot laa bagi idea *thanks atuk :')

Bukan aku tak nak tukar,cuma..mereka suruh aku gerak pi nilai sana. Gila hapa nokk! Jalan yang dulu lurus makin bersimpang siur. Nampak tak,nampak tak? Jadi,aku rasa tu dia petunjuk dah ada depan mata. Jalan yang senang dah ada,apa lagi aku mau kan?

Mari aku jujur sikit. Aku malu dapat course nursing. Mulut manusia kan,kadang kata mereka sedikit pun tak terniat untuk menyakiti. Yelah aku ulang lagi,manusia seperti aku yang hatinya bak sutera nih memang perlu di jaga rapi. Kata orang semua aku telan.

Kenapa awak ambil course nursing? Ehh sekolah sains,sekolah bagus tapi kenapa jadi nurse je?

Tak kurang pula yang memberi reaksi yang buat aku rasa nak melayangkan jari manis ke udara.

Awak course apa? 

*senyum.

Nursing.

Dia lihat aku

*ketawa

Aku? Berlagak selamba.

Realiti hidup memang macam tu. Manusia yang punya pangkat darjat,semua orang sanjung dia. Deyy! Cuba gunakan sikit akal. Andai makcik sapu sampah tu tak bekerja,apa akan jadi? Andai tiada yang sanggup jadi si pencuci tandas,apa lagi yang jadi? Kau tau,setiap titis peluh yang mengalir tu semua dari kudrat dia. Yang penting,kerja mereka mulia.

Mulai dari hari ini,saat ini. Aku tutup telinga dari dengar cakap cakap orang. Belajar menerima. Ini jalan aku. Ini hidup aku. Segala kata akan aku pertimbangkan.


Biar hari ini lebih baik dari semalam

2 comments:

-meor- said...

good entry =)
lenklai , ckp je laa
kite blaja nih niat lillahita'la.
ilmu sekecil serendah mane pon, kalau xde yg tuntut, 1 umat berdose
lebih kurang cm fardhu kifayah tuh.

thnx 4 mentioning my name =)

amira syuhada said...

Hee :) baikk atukk,
no prob thanks for helping yaa!