16 April 2011

Gadis ayu hati batu

Lagak gaya macam lelaki,tak berapa sopan tinggi diri tapi dalam hati tak siapa peduli. Muka garang, tak main la jambu tapi still hati tak berapa nak batu. Baru kena jentik sikit si hati sudah mula memencil diri. Hai bajet macam lelaki tapi sekali lagi propa jadi. Siapa diri sebenar si gadis?

Si gadis cuba untuk menyembunyikan diri sebenar dengan watak luaran yang antagonis *macam komsas dah. Kenapa? Sikap sebenar si gadis jika dia tonjolkan akan membuatkan ramai yang pijak kepala. Kasihan sama dia. Yelah sebagai seorang gadis bukan senang nak control macho.

Kenapa perlu dia begitu? Jawapannya senang. Dia tak mahu kelihatan lemah. Jadi luaran dia kau akan nampak dia sangat um macholah. Kalau kau mulai kenal dia, kau akan tahu sikap sebenar dia. Sikit sikit kau akan nampak warna sebenar dia, bak kata omputih true colours. Manja melampau. Ngada dia pergh! macam nak kasi lempang. Tu belum masuk time hormon ostrogen sama progestron dia buat hal. PMS lah sangat.

Dia tak mahu orang luar pandang rendah pada dia (walaupun dia memang tak berapa nak tinggi). Jadi dia perlu merubah karekter diri supaya tiada yang berani buli. Hakikatnya, si gadis lebih lemah dari sifat sebenar seorang gadis. Macam kek aiskrim. Dari luar nampak keras tapi bila dipotong mula cair. Kalau macam tu cepat cepat masukkan dalam peti ais nanti kek aiskrim dah tak sedap. -.- *merepek.

Kesimpulannya, ecehh... janganlaa pandang minah hensem ke macho sikit nih macam takda perasaan. Main cakap lepas suka hati je. Ingat si gadis tu hapa? Patung doremon ke? Hah. Walaupun dia comel lagi menawan. Erk? Kau cuba laa paham dia eh. Manusia jenis dia nih lagi complicated dari gadis gadis semasa. Pelik. Sikit. Kot.

sumber:orang punya


Bukan aku.

9 comments:

cikchubby said...

hee saya tahu sape gerangan si Gadis macho itu. saya kenal sayang saya itu. :P

macam askem nyummi haha :D

Edy G-Minor said...

post ini buat aku berfikir.

buat aku berfikir pasal tudung.
kau rasa tudung kaler ape sesuai dgn aku?

(haaa, ini baru jenis yg susah dimengerti. kahkahkahkah)

pemuzik jalanan said...

@cikchubby
Heh dah sesuai sangat la dgn nama chubby tu. Makan je hengat! Haha

@Edy G-Minor
Aku lempang kau kang.
Haha pahal tetiba tudung pulak wehh.
Ada kena mengenaaa ke cehh

cik ciput said...

bru nk tanya, "adek ke?" haha..sekali tengok kt bawah skali, "Bukan aku"..haha

**that girl u are talking about sounds just like me.. =)

pemuzik jalanan said...

Hee err saya ke? Umm ntahlaa kak :D

Ohh susah kan kak jadi macam tu.
Hati kecil je besar lagi kuman.
Huhuu tapi takpaa hensem tetap adaa
Machoo pun kenaa adaa haha.

ghost writer said...

adakala perlu berbuat begitu kalau tidak mau terus diperkotak-katikkan oleh orang lain..tak susah kalau mau tonjolkan diri nampak lebih kuat tapi nanti hilang kelembutan hati..diajar menjadi keras hati amatlah perlu.

pemuzik jalanan said...

Huu takpa la ghost.
Orang tu nak nampak kuat.
Tak mau kena buli, tak best la nanti Iskk. Kasihan diaaa :) huu

AkuMuzikFilem said...

alter ego

pemuzik jalanan said...

@AkuMuzikFilem
Ego.
Standard la tu.
Kena la jugak ada kan :)