09 April 2011

Si gadis punya hati

Suara dengarkanlah aku,
Apa khabarnya pujaan hatiku,
Aku di sini menunggunya,
Masih berharap di dalam hatinya.

Si gadis duduk tunduk melayan perasaan. Gitar kapok yamaha miliknya di ambil lalu ingin di petik mengikut rentak suara hati. Namun, yang keluar cuma nada irama sumbang. Sudah lebih sebulan dia berkeadaan begini. Luarannya, dia nampak tak apa apa. Mampu bergelak ketawa tanpa ada rasa muram durja. Huh, pandai si gadis membawa watak manusia tenang sedang hatinya bergelojak hebat.

Termenung lagi. Sukar bagi si gadis untuk meluah apa yang mengganggu hati. Si dia, bermain tarik tali. Kala hati sudah mula mahu membawa diri. Dia datang bawa satu harapan tinggi. Kala hati sudah rasa kuat, kebal lagi. Ntah dari mana dia datang, buat hati rasa girang berbunga lagi. Hati si gadis yang mulai bercambah electron bercas negatif mula bertukar natural dengan ayat manis yang memberi cas positif.

Terkadang si gadis rasa hatinya di permain. Si dia, lagaknya bagai tak mengerti. Masih mampu berbicara bagai tiada apa terjadi. Oh, mungkin si gadis lupa akan hubungan sebenar mereka. Sungguh, hanya kawan semata. Yaa, kawan! Kategori kawan yang bagaimana si gadis masih tidak dapat meneka. Segalanya masih samar. Jangan di tabur janji yang si dia sendiri tak pasti. 

*senyum sendiri

Hari ini hari istimewa. Hari ulangtahun si dia. Mungkin si gadis bukan yang pertama. Tak apa. Si gadis cuma harapkan agar dia berjaya dan bahagia. Berjaya dalam hidup. Berjaya sebagai manusia. Berjaya menjadi lebih matang. Bahagia..asal si dia bahagia, si gadis akan pujuk hati untuk turut sama merai bahagia yang si dia rasa.

Ikut hati mati, Ikut rasa binasa.
Kan lebih elok si gadis berdiam diri.
Selamat Hari Lahir.
9 April  :')

6 comments:

FitriMokhtar said...

apa ni syud.. aku dah nangis ni haa.. :'(

Herlisyatt said...

awk jgn sedih okayy
cari yg serious syg awk

mesti.pasti. wajib ada
InsyaAllah

pemuzik jalanan said...

@FitriMokhtar
:) apaaa awak? saya okay haa.
Kenapaa awak sedih nih. Haha aku chill je fitri oi. Ini cerita si gadis.

@Herlisyatt
Ohh si gadis yang tak patut sedih. Si gadis pandai pandai la nanti kan :)

Amin InsyaAllah adaa ;')

EdyG-Minor (malas log in sebab line tenet cam haram) said...

hai gadis. jangan kau bermuram durja.

ahaaa. itu sahajalah yang mampu aku katakan. mari, petik gitarmu, mulakan dari A minor, terus ke G major, semula ke A minor. Nyanyilah lagu-lagu gembira ;)

selamat menjalani hidup hai si gadis.

pemuzik jalanan said...

@Edy G-Minor
Haha tu laa si gadis tu.

Alaa awat A minor. Mula dari G minor pun okay hapa. Sesuai la dengan nama kau kan edy. Haa nanti boleh kau nyanyi sama si gadis.

Si gadis kata terimakasih abang edy! :)

Edy G-Minor said...

;)