27 April 2011

Sikit tentang malu

Rata rata kalau cerita perihal malu mesti kita nak kait kan dengan perempuan kan. Tadi aku pi library,sibuk bercinta sakan dengan mr math. Ahh, aku dah beri segala rasa cinta pada dia tapi dia tetap tak sayang aku. Markah midsem macam umm bolee laa. Tapi aku syukur sebab aku dah pulun betul dah. Okay, apa tadi? Malu kan.

Ehm, tu lah. Kau tau tak duduk dalam uia,dalam enviroment yang agak islamik. Aku dapat rasa macam lain sangat. Okay bab tu, terpulang pada masing masing lah. Kalau hati kau tu agak batu jadi kau takkan dapat rasa apa. Waktu tengah sibuk melayan masalah mr math, aku tengok ada sekumpulan kakak tudung labuh. Aku suka tengok mereka. Cara cakap, bahasa , tiap tutur kata tu kau akan rasa macam tah aku tak dapat nak gambarkan. Finelaa kau nak kata yang bukan semua orang macam tu baik,blablaba...... Ambil yang positif sekarang ni. Boleh?

Dunia sekarang pula macam mana? Bangga dapat comolot comolot depan pavi. Ringan ringan pun jadi. Perangai nak langsi. Tapi kan kalau kau ada sikit, sikit je rasa malu aku jamin kau pasti tak buat semua tu. Aku yang lihat pun malu. Tapi malu pun beragak laa. Biar berpada. Jangan laa melampau. Segalanya biar ada batas.

Cerita perihal kakak tudung labuh tadi, aku sendiri pun ada sikit rasa malu. Malu pada mereka. Malu pada tuhan. Aku sendiri masih belum sempurna. Malu pada benda yang tak perlu. Malu untuk berubah. Takut pada pandangan orang. Takpaa,satu hari nanti, InsyaALLAH :')


Kih kih tetiba rasa macam dah matang :p

14 comments:

AkuMuzikFilem said...

ya, berfikir camtu sebenarnya dah menampakkan jalan ke arah tu sebenarnya. well, aku tak prefer sangat untuk diri aku yang berlitup camtu

Encik Psychopath said...

bila lagi ?

cik ciput said...

tudung----labuh atau tak, asalkan menutup dada, tak jarang, dah dikira menutup aurat.. =)

*sifat malu dah semakin hilang dalam masyarakat kita skrg..

pemuzik jalanan said...

@AkuMuzikFilem
Yelah aku pun takda la espect untuk diri terus berubah gitu. Cuma mungkin perlu jadi lebih peka. Maksud aku, tidak hanya pakai hijab tapi tak sempurna tutupnya :)

@Encik Psycopath
InsyaAllah akan nanti, bila masih belum pasti

@cik ciput
Ye kak, itu maksud saya. Menutup segala dengan sempurna.

Tu laa kak aihh..

ghost writer said...

ontheway lar tuh ke arah perubahan/penghijrahan yang muktamad.eh,cuma nak nampak lebih matang jer kan..

malu pada Tuhan.biasanya itu yang paling sukar kita tunjukkan.

pemuzik jalanan said...

@ghost writer
InsyaAllah.
Bukan cuma nak nampak matang la ghost :)

Kannn!

hanaahmad said...

setiap kali solat sentiasa aku meminta untuk didekatkan dengan segala kebaikan dan dijauhi segala kejahatan. aku sedar walau hanya sekadar berdoa tanpa sendiri yang berubah tidak akan jadi. tapi, aku tetap begini! malu sungguh aku rasa.

dan, aku sendiri hampir terpukul pabila dalam dunia pengakhiran ini semakin banyak kemaluan yang terdedah, ini lebih membuatkan aku malu.

Amir said...

aku rasa benda yang agak sering dipandang remeh dalam sifat malu adalah kepentingan mengimbangi perasaan malu dengan keyakinan diri. Sebab kadang-kadang banyak orang yang perasan gangster akan terasa kalau perempuan pakai tudung labuh, dia ni tak ada keyakinan diri dan dia ni boleh dipijak-pijak sesuka hati. Perasaan malu harus dicampur dengan kebolehan bersuara.

Pendapat aku. ;)

pemuzik jalanan said...

@hanaahmad
InsyaAllah teruskan berdoa.
Tuhan selalu mendengar doa dari kita.
Pada masa sama usahakan sedikit.
Berubah dikit dikit jangan terus melulu.
InsyaAllah boleh.

Normal kalau kau masih punya rasa malu :)

pemuzik jalanan said...

@amir
Haha, aku terasa!
Aku kadang kadang macam nak perasan gangster. Tapi aku tak berapa nak gengster.

Mungkin,aku juga setuju sama kau. Mereka mungkin takda rasa yakin. Malu,takut pada kata kata orang. Hati,bagai lalang.

Mehmed - said...

nak berubah susah..nak bertaubat pun susah..makin aku risau kalau nak mati pun susah ahaks..

pemuzik jalanan said...

@Mehmed
Takda benda yang senang dalam dunia ni weh. Segala pun susah. Yelaa susah dulu kan baru senang datang :)

| gad1s s0ypans | said...

laku kan dgn hati yg ikhlas......
(:

pemuzik jalanan said...

@gad1s s0ypans
InsyaAllah :)