02 May 2011

Anak ikan.

Jejai. Aku ada abang baru. Abang jejai. Kih kih. Handsome betul nama kan. Okay bukan jejai si pasha tau u'olls *muntah hijau. Aku baru kenal dia. Dia macam jalanan sikit. Sakai. Tak semenggah betul. Comot pun diaa. Tapi takpa aku suka.

Kenal pun baru tiga hari, jadi takda la nak gomol gomol mesra. Takda takda. Batas pergaulan perlu di jaga. Bukan muhrim laa. Boleh pandang pandang, jangan pegang pegang. Sambung la sendiri. Malas nak menaip. Tapi aku ada laa belai belai manja dia sikit takpaa kot.

Huh tapi sebab belai manja sikit tu je la buat aku terkena tempias dia. Tu laa tuhan marah! Jejai tak sihat. Jadi aku pun terjangkit samaa weh. Alaa sikit je pun. Bukan comolot pun dengan jejai sayang. Aku nak tunjuk korg gambar jejai. Tapi adik kata, kak tak elok ambil gambar kucing nanti dia mati.

Eh eh, a ah laa jejai tu kucing je. Haha! Yela mula mula aku nak la kasi nama damak ke, baharuddin ke kan. Tu laa jejai gak lekat. Baru sama macho kan kan. Apa barang letak nama comel, tompok. hitam segala. Tak feel bila panggil dia. Cuba kau panggil tengok. Ehem, jejai! Makan meh. Haa, rasa tak feel dia?

Tapi tadi pi klinik hantar jejai yelah dia selsema. Sekali jejai tak macam yang aku sangka. Jejai, um jejai tak lelaki. Maksud aku, jantan. Dia betina. Deym! Aku nak kasi nama apa nih. Kang tak memasal dia jadi pengkid pulak -.- tak mau la. Alaa ce kasi aku nama menarik sikit. Bagi nama markonah okay tak? Maimun ke.


Demam lah pule, jejai punya pasal lah ni.

17 comments:

AkuMuzikFilem said...

bagi la nama cempaka ke. hikhik

emieysandra said...

pernah dgr jugak sal citer tu, xelok ambik gmbar kucing nti die akan mati. iyer k?

Herlisyatt said...

hahaaha bagi laaaa nameeeee.

kak tuuunn ke. HAHHAHA

pemuzik jalanan said...

@AkuMuzikFilem
Haha lain lain.
Hah baik aku kasi nama melati je.
Amacam? Cun gak kan.



@emieysandra
Um ntah tak tau laaa.
Adik yang cakap,kebenaran dia ntah.
Hee, tak menahu.

pemuzik jalanan said...

@Herlisyatt
Ohoi jangan memain.
Kak tun um tak hot laa.
Next! Haha

cik ciput said...

haha..adek, letak la nama ciput..hakhaktuih!

ghost writer said...

bagi nama ZERA.

bagi aku nama tuh sangat galastical.haha

KHRLHSYM said...

bagi nama marhaen. kehkehkeh

AkuMuzikFilem said...

kalau amira syuhada sedap sangat untuk seekor kucing. erm (sambil gelak guling2)

pemuzik jalanan said...

@cik ciput
Haha menda tu kak kucing tapi nama ciput. Next! Haha.


@ghost writer
Zera? Alah macam kucing hindustan jee.
Lain! Hee


@KRLHSYM
aduh nama apa tu? Ciss. Haha

pemuzik jalanan said...

@AkuMuzikFilem
Kau sengajaa kan weh -.-
Aku belasah kang,cehhhh.
Nasib aku sopan santun tauuu. Haha.
Lain ah nama tu handsome sangat.

Pencinta Wanita said...

last time ada member aku cakap nak belasah aku, dia masuk hospital seminggu. tapi tu laki la. mujur kau perempuan, dan aku sayang orang perempuan, kita kena jaga dia lemah lembut. hahaha

pemuzik jalanan said...

Wuuu~ Takotnyaaaa :((
Janganlaa aku mmg perempuan sejati weh.
Haha. Gedik seyh kau nih.
Nyampah mak,nokk.

Amir said...

kasih sayang, kalau ikhlas, ia perlu merdeka dari berat sebelah terhadap orientasi seksual atau jantina.

//pendapat. ;)

iniialahaku said...

ni bukan anak ikan ni...ni pemakan ikan..hahaha

Mehmed - said...

ikan punya kucing..kiter bako jer yob..ahaks..kucing jantan kan,mana bleh detak nama kau..hareemm..

pemuzik jalanan said...

@Amir
Yup betul betul!


@iniialahaku
Haha ehh tak sama eh? Hee


@mehmed
Memang ikan betul jejai nih!
Alaa mana ada nak letak nama aku pun