05 May 2011

Buntu.

Attention all students. 
The changes of programme form can be collected at
Department of Science Programme.

Untuk kesekian kalinya aku termakan cakap cakap orang. 

Kau betul ke nak jadi nurse ni? Eh kata dulu nak jadi pediatrician? Eh kau kan sekolah sains dulu?

Eh eh, lu orang boleh diam tak? Diam diam. Rimas la weh. Asyik tanya aku benda sama je. Dah aku dah apply medic dulu tapi mana dapat. Spm kantoi pulak ada dua B. Tak straight A macam lu orang kan kan. Yelah lu orang semua gempak kan. Ambil laaa. Ambil, aku tak kisah.

Okay aku kisah. Perasaan malu datang balik. Kalau dulu orang tanya aku belajar kat mana sekarang? Ambil corse apa? Aku cuma jawab, belajar dekat uia. Ambil corse um pure science. Aku pun tak tau la apasal rasa macam... Takpa la lu orang bukan faham.

Dulu siapa suruh tak pergi matriks, siapa suruh tolak tawaran pergi mesir. Siapa suruh mengada nak homesick. Sekarang, terima la weh.

Alaaa jadi doktor mana best pun. Tak best lah. Takmau la. Okay aku dengki sebenarnya. Dah ambil asasi kejururawatan takkan boleh graduate jadi Dr Pakar Kanak kanak pulak kan. Jadi, aku rasa cita cita tu aku kuburkan jela. Mari usaha jadi nurse terpaling hot jugak hensem dekat uia. Hah mintak lempang ni.

Aish,camno? Ambil Allied Health Science okay tak? Tapi aku nak jadi apa nanti. Dietician? Baik aku jadi pengacara jalan jalan cari makan weh. Patient aku semua nanti mesti aih buat rugi datang nak consult kan. Tak payah laa.

Terima jelaaaaaaaaa.

Nurse boleh kahwin dengan doktor.  
Tak dapat jadi doktor, dapat suami doktor pun boleee.
Kih kih :)p

17 comments:

nadieae said...

syud! sumpah paham perasaam tuuuu. ala at least syud dah nampak dah masa depan as nurse. ef taktau langsung nak apply apa UPU ni waaa :'(

KHRLHSYM said...

boleh jadi nurse personal tak? kehkehkeh

Herlisyatt said...

heheh

sayang

choose the way. where you feel your heart is on that way.
you can do this better

peduli org nak ckp ape

haish

sorg doktor lelaki i punye ye. HAHHAH

anah samsudin said...

ms. princess !

i know that feeling too..yelaaa , i budak bio sc jek..not medic or pharm or dentist ke apa..but i tak kesah pon sebab mmg tak pernah bercita2 nak jadik doc..hehe

satu je nak cakap ,selalu org kata buat something based on minat , but hakikatnya tak jugak sebab interest can eventually fade..maybe mmg rezeki untuk jadik nurse kan..

plus , mungkin apa yg kita suka tu tak baik untuk kita and sebaliknya..Allah adalah sebaik2 perancang :) so , chill and all the best for us k..hihi

*sori la ,,panjang pulak bebel kat sini =P *

pemuzik jalanan said...

@nadiaea
Tu la ep. Tapi at least awak boleh pilih lagi mana jalan awak. Saya? Saya memang akan jadi nurse jugak la kan. Goodluck! Pilih baik baik okay :)


@KHRLHSYM
Cehhh! Bayar lebih laa weh. Haha.


@Herlisyatt
Tak tau la jalan mana nak pilih.
Stay je kot. Nak tukar corse pun nak pergi mana pun.

ehem, siapa cepat dia dapat laa. Hee

Mehmed - said...

cik misi nak kawin dengan doktor je..baik lagi tabib cina ahaksss..

ghost writer said...

ya...aku memang tak faham.

nak belajar pon kena fikir soal malu.

aiilar...

pemuzik jalanan said...

@anah samsudin
Thanks for the advices.
I know, kadang kadang ada benda tu dah memang di takdirkan untuk kita.
Awak,bioscience is a lot more better than nursing kot. Rasa a bit down bila org perlekehkan kita. But then, who cares kan! :D

Go nursing go hee.

pemuzik jalanan said...

@mehmed
Mana ada laa main jaa haha.
Kalau dah jodoh bedal je laa haha.


@ghost writer
Alaa ghost, bila semua org harapkan sesuatu yang lebih dari kau macam mana. Kau bayangkan org keliling asyik tanya benda yang sama je. Aihh.

ghost writer said...

sapa yang nak hidup?

dowang atau kamu?

pemuzik jalanan said...

aku ;'(

ghost writer said...

well...its up to u.not them.

pemuzik jalanan said...

I know but then its really hard when everybody is pushing you. Oh bukan semua act. Thankfully i have parents that always support me. Aku je lemah sangat kot. Ahh. Emo doe. Haha.

anah samsudin said...

cik princess jadi nurse yang hot ! mesti meletop..hihi ..nnti dapat doc.. =P

pemuzik jalanan said...

Haha baiklaa saya akan berusaha untuk menjadi nurse yang hot untuk dapat abang abang doktor! :)p

KakiYangBerjalan said...

cik, sye paham keadaan itu. payah kan..

takpa tabahkan aja hati. tak salah kita nak mencuba untuk dapatkan apa yang kita nak. even berkali-kali kita cuba pun tak slh. baru lah life! :D

tak dapat kali ni, lain kali saja.
saya pun dah mohon sem lps. dapat ke tak, berserah je la. huhu.

pemuzik jalanan said...

@KakiYangBerjalan
Well saya dah malas nak ambil port la,
Jadi nurse jeee. Okay apaa,abang doktor dah jumpaa haha