12 October 2011

Satu dekad.

Aku benci betul perempuan rambut panjang, mata sepet dengan kaca mata bulat ala doremon dia tu, kata anak cilik beruniform sekolah biru . Okay sebenarnya dia takda la cilik mana. Untuk pelajar sekolah rendah yang baru umur sembilan tahun dia mungkin kelihatan agak tidak normal. Maksud aku, dia lebih tinggi dari kanak kanak normal pada umur itu.

Ahh, kau tau hidup anak kecil ini mula dengan sangat sadis. Pergi sekolah dengan satu rasa kosong takda tujuan. Dia tak pandai bergaul dgn manusia lain, dia tak pandai dalam pelajaran. Dia cuma sorg budak perempuan tipikal. Satu hari, dia rasa dia patut berubah. Dia tak mau orang pinggirkan dia lagi. Jadi dia berusaha untuk cari diri. Dan akhirnya, dia berjaya. Tapi, persepsi pada gadis mata sepet masih sama. Benci.

Tapi sekarang lepas satu dekad, sejak mula dia katakan benci pada perempuan putih ala cina tu sampai sekarang, persepsi dia sudah berubah tigaratusenampuluhdarjah. Perempuan yang pada mula dulu sangat annoying, maksud aku mulanya dulu mereka tak pernah suka sama sendiri. Mereka mulakan pengenalan diri masing masing dengan selitan rasa hipokrit dalam hati.

Percaya atau tidak, gadis yang pernah dia benci tu sekarang adalah kawan terbaik yang dia ada. Kawan yang selalu ada pada waktu susah atau senang. Kawan yang sanggup sama sama menangis, yang akan bersedia sama dengan dia. Yang sanggup berjaga malam untuk tenangkan hati dia. Kawan yang akan berikan kata kata semangat bila dia rasa hidup ini sangat tak adil pada dia.

Sepuluh tahun. Moga persahabatan mereka kekal sampai bila bila.

Dah berpunya, harap maklum.

Terima kasih, dia yang bantu aku untuk bangkit dan betul betul kenal dunia.
p/s: Shasha, nama dia dan aku tak gay. okbai.


14 comments:

hanaahmad said...

gambar saya awak tak tempek pun kat sini kan? menci! okbai. :p

ghost writer said...

dan dia masih lagi dengan cermin matanya.cuma tak seperti doraemon.

*aku tahu kau tak gay.

cik ciput said...

bestfren?untung kan org yg ada bestfren..ada tmpt nk mengadu, nk share cerita..tpi sedih bila bestfren mula lupa kita tatkala dia ada berpunya..emm

*nak jadi bestfren awak boleh?wink2.. =)

pemuzik jalanan said...

hanaahmad-haha, gambar awak takda dlm simpanan. Camno?

ghost- yup, tapi kadang kadang dia serupa doremon ;p hahak.

cik ciput- yes! dia dah berpunya tapi kami masih sama lagi. Eh, awak mmg bestfren saya pun huu

lilydamia said...

wah ! lagi satu janagn benci orang lelaki, nanti yang keji tu lah yang jadi laki !

pemuzik jalanan said...

lilydamia- lesson learnt! dah terkena ;p

Iwanski said...

saya tau nape awk taknak tempek gambar dia.. sbb awk nak tunggu gambar kitorang bersama baru awk tempek kan..

pemuzik jalanan said...

Iwanski- untunglaaa org tengah angau kan kan kan. Saya ye kan jelaa ek ek haha

blog-tips-kurus said...

alaaaaa... 'udah berpunya'!!

pemuzik jalanan said...

blog-tips-kurus - haha harap maklum

dayya said...

hahaha. comel je. moga persahabatan kekal selamanya! :)

pemuzik jalanan said...

dayya- hik InsyaAllah awak ;p

ghost writer said...

bagi pinjam doraemon kau,Amira.

pemuzik jalanan said...

ghost- eh? manaaa boleh! aku teman kau meh :p