28 October 2011

Senyum.

Senyum banyak makna. Senyum tak bermaksud suka. Faham tak? Senyum kenal, senyum sapa, senyum sinis. Ada banyak jenis sebenarnya. Perlu ke aku terangkan satu per satu? Tak. Sila paham sendiri.

Tapi ntah kenapa senyum aku selalu di salah ertikan. Dan ceritanya bermula pada satu hari, aku pergi makan sorang sebab rehat aku dengan sha tak sama. Duduk, order makanan. Makan sambil senyum dekat abang bangla, dia tanya aku jawab, aku senyum. Aku makan dia pandang okay lah senyum. Aku blah, dia usha aku senyum.

Esoknya dia datang tempat kerja mintak nombor pula. Ikutkan hati memang nak kasi nombor orang lain takpun kasi pedajal sha kan. Dah dia kacau aku time kerja, susah pulak. Siap misscall dekat situ lagi nak tengok betul ke tak. Jadi, aku kasi dengan paksa rela.

Tempat kerja aku pulak ramai nepal. Manusia peramah macam aku ni mungkin patut kena kurung dalam sangkar. Bahaya bila kau terlalu ramah dan orang akan salah anggap tentang diri kau. Sebab dia macam okay je, dia mintak nombor aku jugak nombor sha. Aku macam okay takpala. Aku pun nak berhenti dah. Tigabelas hari kerja aku stop.

Mulai dari hari tersebut, aku terus terusan di ganggu. Jadi padanlah muka. Salah sendiri ye. Sekarang kerja tempat baru, dalam satu mall jugak. Aku terpaksa jadi pelarian, tak mau terlihat dari pandangan mereka.

***********

* 2 new messages

-mat bangla.
You, i mau cakap kenapa tada angkat.

-mat nepal
Amiraaaa, saya ajay. Saya ada cinta you.




Tolong. Aku tak mau! *Lariiiiiiiiiiiiiiiiiii.......

11 comments:

cik ciput said...

auwww...so shuwiitttt... =p

tu la, ramah sangat..haha..dah ada mamat nepal jatuh cinta..

*Amiraaaa, saya ajay. Saya ada cinta you...kahkahkah..

ghost writer said...

amik kau..nak sangat kenal-kenalan.

baik kau senyum kat aku jer..konpom,aku buat muka siyes.hahaha!

lelaki serabai bernama SYF. said...

hahaha, saya ada cinta you. romantik itu abang nepal.

Herlisyatt said...

kirim salam abg nepal. hihi

awk hensem sgt

sbb tu diorg terpikattt

dayya said...

alololo. comel betei. hahhaha

Mehmed - said...

erm tu la namanya jodoh,yuha..hahaha amekaw! Ahaks! kau mesti iras kajol kan? :P

hanaahmad said...

hoi! apalah p kasi no fon kat sebarangan orang. nak kena gak adik puaka aku yang sorang ni. lebih baik kasi no fon hang kat aku. adoi!

ingat pesan ni, jangan kasi no.fon kat orang yang tak dikenali ler...ha..kan dah bebel. hahhahaha

pemuzik jalanan said...

cik ciput- haha tu masalah saya. Ajay tu nepal kak. Hah nak? :p

ghost- Eleh aku selalu je senyum kat kau apaa hihik.

husna- haha dah tank jumpa pun, hensem tu haruslaa adaa tau hee

dayya- Comel? Nnt sy pass kat awak

med- hah janganlaa! Tanak. Huu eh iras kareena kapoor lah. Ahaks.

hanaahmad- baikk awak! sy cuma akan kasi no kat awak je lepas nih :)

Edy said...

congratz ;P

pemuzik jalanan said...

shadap youu dii! Ngeng haha

Pondok Usang said...

betul ckp kakakmu itu.. jgn bagi fon sembarangan org.. dah kenal sgt baru la leh bagi.. hehe...