03 November 2011

Realiti.

Manusia kan suka berimiginasi. Aku? Sama. Dunia blog buat aku lupa pada kehidupan realiti. Kenal manusia yang kau tak pernah jumpa, tiba tiba boleh kongsi rahsia. Kongsi rasa. Segalanya. Rasa selesa, walaupun yelah kau mungkin baru kenal sehari dua.

Baca kisah manusia lain buat aku rasa syukur dengan hidup yang boleh kata cukup sempurna. Tu pun masih tau nak merungut je kerjanya. Tapi kan, kelakar bila kau dah mula kenal kawan alam maya secara betul. Maksud aku, aku kalau baca blog orang, aku mesti nak bayangkan dia org yang macam mana.

Contoh? Aku gila suka baca terfaktab. Aqram pun aku suka, maksud aku, aku suka lensarosak, sebab dia berani cerita sesuatu secara terus, takda selindung. Jadi aku bayangkan dia seorang yang bermuka bengis, kulit sawo matang, tak banyak cakap, jugak manusia yang tak suka senyum. Tapi, realitinya. Hahak cecomel gak.

Aku teringin gila nak jumpa lucifer. Kenapa? Ntah, sebab aku rasa dia sangat cool. Cerita realiti dia buat aku rasa teruja nak tau lebih kisah hidup dia. Ghost, Med jugak! Spisies manusia misteri ni memang buat aku rasa teruja melampau. Tapi, ghost pun jejambu gak. Camna? Haha.

Dari blog jugak aku kenal kakak dan kakak yang boleh tahan puaka jugak nih. Jugak abang puaka yang tak kurang gila. Sila rasa terharu dan sediakan diri masing masing dengan baskin robbins! Okbai.

Kerja baru sangat awesome :)

14 comments:

hanaahmad said...

ghost gua pernah ngedate dengan dia. sila jeles. wuuuu.


*dengan saya awak taknak jumpa? keh3.

takyah nak BR sangatlah abang_ _. sila isi tempat kosong. ;p

ghost writer said...

nih aku malas nak tayang muka nih.adekah kau leh kata aku jejambu.aiseh..pupus imej aku macam nih...

haha.

*kan hana kan... :)

Edy said...

pffftttt!

aku dah tahu siapa mamat nepal yg syok kat kau. dia dtg jumpa aku minta restu. cane?

sila terharu giler2. kbye.

cik ciput said...

akak pon teringin gak nk jumpa blogger2 misteri mcm ghost tu..ntah mcm mna la orgnya eh..bahasa bukan main puitis lagi, sampai kdg2 buat kita x paham..haha..ntah skema ke, nerd ke..taff ke..kahkahkah..

*silalah doakan supaya akak dapat tukar keje..gi area sana..leh belanja kamu baskin robbin hari-hari..eh, hari2 boleh pokai..bulan2..haha =p

Aqram said...

sebenarnya. saya seorang garang. dan comel itu bukanlah saya. tetapi kepuakaan saya.

terima kasih.

Mehmed - said...

weh yuha..med tu aku eh.giler terharu..Ahaks! misteri la sangat.. aiskrim malaysia sudah la..


dan raya korban nanti sila datang rumah..

pemuzik jalanan said...

Hana- Sikit pun tak jeles! Eh haruslaa jumpa, nak aiskrim.

Edy- Takmaulaa, aku belasah kau nanti. Heh.

Cik ciput- Hah kannn! Tapi jarang saya paham :p eh sila silaaaa dtg eh aminn..

Aqram- Hai awak. Aummmm! Okay noted. Awak puaka. Hensem kalau gitewww!

Med- Aku mmg sengaja nak kau terharu. Aiskrim msia no no! Oh jemput dtg jugak. Aku tuju lagu buat kau nnt :p

- elina - said...

eh aku takda ?

sob sob

pemuzik jalanan said...

-elina-
kau hilang jadi aku lupa. Nanti aku tambah. Jangan merajuk :)

syafiqakarim said...

ok.aku suka berblogging.sebab aku rasa jujur bila menulis.dan meluah kan walaupun dengan org tak kenal.

Nur Aizureen Md Zahir said...

aku nk jumpe kau laa..
sebab nk join mkn eskrem free..bley dakkk ?? ngeh3x

pemuzik jalanan said...

syafikarim- lagi senang macamtu kan?

Aizureen- Haha aku pun nak ngepaw kakak, abang puaka aku tu. Nak join mari laa.

Mutiara Bernilai said...

ghost, ak suka tulisan dia,, :D

pemuzik jalanan said...

mutiara bernilai- takdaaa yang tak suka penulisan dia. Ohsem!