08 October 2011

Tiga puaka.

Sebabkan aku cuti tiga bulan, hari hari kena mengadap budak tiga ekor nih. Aku ada tiga adik. Aku pulak adalah kakak yang awesome. Aku ulang, kakak yang awesome ye kawan kawan. Mari mulakan cerita dengan sesi pengenalan puaka puaka tersayang.

Puaka yang pertama, agak puaka jugak laa. Tapi aku  paling rapat dengan dia. Dia sangat la kurus jugak tinggi. Aku panggil dia abang. Kenapa? Suka hati lah. Haa. Puaka nombor dua, sangat baik hati, perempuan. Aku panggil dia adik.Tapi boleh gelarkan dia gee sebab? Sebab dia gila. Puaka yang ketiga sangat lah puaka. Si gendut belagak raja jugak manja. Lelaki. Panggil dia aby.

Tiga tiga puaka ni ada satu persamaan. Nak tau apa? Semua dah bercinta oii. Jadah apa nih. Kakak yang hensem pun tak lepas lagi korang dah langkah berbendul bendul nih. Untunglaa kan semua bercintaa! Si puaka nombor tiga pulak baru darjah enam dol. Siap call lagi  haa, lepastu aku dengan abang pergi baca message beliau. Sumpah lawak.

Tapi takpalah. Aku dulu darjah empat dah dapat surat cinta. Awak suka siapa, bulatkan nama si atas. Otak dia? Haha aku jeling sambil koyak kertas tu, balik rumah cantum balik. Tingkatan satu dah ada balak. Nampak tak, nampak tak? Haha takpa pengalaman. Sekarang aku nampak dari mana puaka bertiga nih belajar benda cenggini.

Puaka puaka dorg nih, dorg jugak la aku cari. Bila jauh rindu, dekat kelahi. Pantang betul jumpa puaka gendut manja tu. Kakak pergi balik asrama la, menyibuk balik sini. Pergh, ayat dia! Bila aku tak balik nak mengada pulak. Kakak, bila nak balik nih. Rinduuuu. Patut lempang ke tak ni?  Oh, dulu aku dgn abang selalu bersatu hati buli adik. Sekarang kitorang insaf dah! Haaa, adik paling best. Senang buli, sebab dia gila. Dia sorg je tau aku ada blog. Tapi aku tak kasi dia baca. Haha. Dan, dia tak baca. Baik? Haha.

8 comments:

Iwanski said...

puaka betul... tapi tak baik laa.. takkan bakal adik-adik ipar aku nak panggil puaka jugak kan..

Herlisyatt said...

hahaha

biaselah tu
budak2 :P

ghost writer said...

kim salam sama kakak kau yang awesome tuh..

:)

cik ciput said...

yang jadi photographer mesti puaka nomot dua kan?hahaha..

*ececece takde boyfren kunun..cubit kang!

Edy said...

huh, kemain. hahahahahaa.

pemuzik jalanan said...

Iwanski- eyp aku je boleh panggil mereka puaka. Ha hak. Kau pegi ngorat kak hana sana.

Herlisyatt- yeah bebudak le sangat pun. Heh.

ghost- dia kirim salam balik kat kau hee.

cik ciput- haa betul! eh mmg takdaa boifreng lah hik

Edy- dem you bebeh haha

hanaahmad said...

iwanki ingat kita ni betul2 adik beradik la...hahaha.

saya nak ngorat adik awak yang paling kecik. saya suka anak ikan. hik3

pemuzik jalanan said...

hanaahmad-kalau kita adik beradik betul, awak kakak yg puaka jugak la haha.

Hah amik dia terus pun takpa, ngada budak tu hik.