14 February 2012

Jujur.

Ada masanya dia cuma mahu di terima, ada masanya dia masih dia. Tapi selebihnya hidup dia penuh dengan pura pura. Mungkin. Mungkin laaa.

Ada yang kata hidup dia sepertinya dalam balang kaca. Memang, memang benar. Dia, manusia yang terlalu berhati hati, fikirannya terlalu jauh. Bila jadi manusia yang overthinking. Dia jadi manusia yang insecure. Takut dengan hidup. Takut dengan dunia. Apa sahaja yang dia lakukan, semua...semuanya penuh rasa ragu, terlalu memikirkan apa akan jadi, apa cakap orang nanti. Dia..tak pernah yakin dengan diri.

Umur yang makin lanjut, buat dia duduk termenung bentar. Sampai bila? Sampai bila mahu hidup dalam bayang sendiri. Terlalu mengharap pada orang. Terlalu lama dia topengkan diri. Mungkin sudah sampai masa untuk dia mulai tunjuk diri.

Mungkin awak kata awak kenal dia. Tapi awak mungkin cuma kenal luaran dia. Awak nampak dia gelak ketawa, awak pernah tengok dia menangis hiba? Tak! Sebab pada mata semua, dia...dia manusia kuat. Bila dia mula rasa sebak, cepat cepat dia lari cari tempat sembunyi untuk lepaskan rasa perit yang asyik cengkam jiwa.

Apa pun, dia masih kekal dia. Dia dah terlalu penat mau jadi manusia hensem. Sebab, topeng dia dah mulai reput. Dia cuma manusia biasa. Perempuan tipikal. Yang akan menangis bila asyik di tekan. Yang akan menangis bila di sakiti. Ya, dia pun menangis untuk sebab remeh.

Di sini, biar dia kekal jadi manusia hensem. Di sini biar dia jadi manusia yang bukan dia. Cuma di sini tempat rahsia dia. Rahsia?

Cuma manusia.

12 comments:

APi said...

ai ai..
hensem mana pun dia, dia tetap perempuan tipikal..
ah, sungguh pun dia lelaki masih ada masa untuk bersendiri diselubung duka.. =)

ghost said...

aku rasa macam kenal dengan manusia hensem tuh..takper lar,kesakitan mengajar kita untuk cari penawarnya.pelega kesakitan.biar sementara tapi cukuplah.

pembaris said...

kalau asal dah hensem tak apa...

ewanthology said...

sampai bila mahu 'hensem'?

pemuzik jalanan said...

APi- Yup :) cumanya kalau dia lelalki mungkin dapat terima segala tanpa terlalu emosi, masih bisa di kawal.

ghost- kau rasa kau kenal? mungkin. Yang sementara tu terkadang lebih berkesan.

pembaris- asalnya tak tapi bakal dan terus hensem.

delarocha- sampai dia rasa selesa dengan segalanya mungkin.

AzwanRamli said...

Bukalah balang kaca dengan kunci,jangan pecahkan...

Anuar Zain said...

erm tumpang tanya, macam mana nak masuk UIA?

hanaahmad said...

awak bercerita perihal saya ke ni? huehuehue.

kuat sayang. kita sama. mengukuhkan kekebalan diri walau sebenarnya kita sakit dijatuh-jatuhkan.

awak hensem, dan saya kacak! ;)

pemuzik jalanan said...

AzwanRamli- Balang kaca tak punya kunci, syg juga mau dipecahkan.

Anuar Zain- Oiiii! Haha aku tau tu kau, mari sini aku ajar camna nak masuk :D

Kak hana- Haha yeke? Baik kak. Masih. Cuba. :)

Pan. said...

yang ada cuma putih dan hitam. kadang penat juga jadi hensem.haa

cik ciput said...

dik, bertabahlah! hidup sekali je..masalah yang dtg, hadapi dgn penuh keberanian!

akak boleh, kamu pon mesti boleh kan? =)

Pondok Usang said...

bersabar ok!