25 March 2012

Dua hala.


Bila kau mula nampak apa erti hidup yang sebenar nanti, baru kau akan mulai hargai hidup yang kau ada. 

Aku pulang tadi dengan hati kecamuk. Sampai rumah lepas maghrib, aku duduk termenung. Lamaa. Ambil gitar, aku pulun segala lagu yang aku tahu. Diam lagi. Alih alih aku tertidur. Kepenatan. 

Agak agak pukul sebelas gitu ayah panggil turun makan, aku tarik kerusi, makan, diam. Dari balik tadi, aku lagi banyak diam. Bila bab makan selalunya aku yang paling semangat. Tapi tak malam ni. Lepas habis makan, aku duduk lagi termenung. Ibu tanya pada aku, apa yang aku buat sampai kepenatan sangat tadi. Aku pandang ibu, tiba tiba aku rasa sebak, diam lagi aku biarkan mata yang luah rasa dulu. Aku kata, aku pergi cari hidup. 

Tak, aku kata aku dah tau hidup tu apa. Aku dah nampak dah hidup tu macam mana. Aku dah rasa macam mana, apa, kenapa. Semuaa. Aku tak tahu apa lagi yang aku mau. Apa lagi yang tak cukup, apa lagi yang aku tak dapat. Ibu cuma senyum langsung kata yang dia tau hidup sebenar tu macam mana. Dia pun orang susah, baju pun ulang pakai. Jadi dia selalu mintak pada tuhan bila dia dah berkeluarga nanti, dia tak mau anak anak dia rasa apa yang dia pernah rasa.

Aku pun tak tahu nak kata apa. Kurang dua jam aku lepak tepi jambatan tadi banyak benda aku dapat. Hidup semua orang tak sama. Mungkin aiskrim dan cokelat mampu tenangkan aku tapi rokok lebih sesuai dengan jiwa kau. Macam mana kau bawak diri, tu yang buat kau lain dari biasa.

Aku tak pernah rasa susah, jadi aku tak nampak. Macam mana nak cakap eh, susah bagi aku bila tak dapat jawab soalan add math. Bila tak dapat result gempak macam orang lain. Itu susah bagi aku. 

Susah yang aku rasa ni tak serupa susah pun, benda remeh kalau nak di banding dengan orang lain. Kenapa orang lain mampu hidup tapi tak aku. Faham tak? 

Oh, aku tak jumpa alias di cm tadi. Kecewa, kecewa..

Hai alias, saya saila, once, Heroin. (Amal Hamsan)



Aku nak mula cari hidup! Seronok.

6 comments:

ghost said...

apa kata kau gi duk jauh ngan famili, cuba survive dengan apa yang kau nak buat. lau kau dah layak untuk keje, try keje. lau rasa masih nak studi, kau studi sambil keje. nak perolehi pengalaman susah tuh terlalu senang. berfikir dan berfikir, terus berfikir, takkan pernah habis. ia akan selalu datang. so, just do it!

APi said...

aku setuju dengan Ghost..
pada aku macam itu juga, hidup ini kena rasa..
kena ada pengalaman sendiri..
jangan salahkan keluarga kau, kerana mereka sudah tahu hidup tu macam mana..
sebab tu mereka taknak bagi anak mereka rasa sisi lain hidup tu..
apa pun kau harus bersyukur kerna ramai sangat yang mempunyai impian untuk hidup seperti kau, tapi mereka tak dapat..
mereka lalui sisi lain kehidupan dalam kenal apa itu susah..

senyumlah.. =)

hanaahmad said...

lepaskan kebiasaan yang sering menjadi tongkat kebergantungan kamu sayang. Lepaskan bukan bermakna buang, cumanya belajar meniti erti hidup sendirian dengan mengambil sedikit risiko. asalkan, pelajarannya lumayan buat kamu. :)

Maria Ozawa said...

Kalaulah susah itu boleh di beli jerk kat kedai runcit. Hmm.

pemuzik jalanan said...

Terima kasih kalian untuk kata kata semangat :) terima kasih.

Masih belajar. Terusan senyum. Ini bukan masalah pun sebenarnya. Hii..

Oh, api, aku tak pernah salahkan keluarga sebab mereka memang tak pernah salah. Yang salahnya diri sendiri.

*peluk semua*

Pondok Usang said...

teruskan perjalananmu di jalanan itu.. =)