22 March 2013

Pada suatu hari aku mengidam nak makan donut..


Pada suatu hari waktu aku tengah sedang bersenang-lenang dalam bilik sambil terkebil-kebil tenung siling, tiba-tiba...

Tiba-tiba aku rasa nak makan donut, perasaan nak makan donut tu membuak-buak sangat sampai meruntun hati dan jiwa haa. Engko tau tak perasaan mengidam tiba-tiba ni?

Aku terus lari naik atas jumpa ibu yang tengah khusyuk tengok rancangan kat astro, topik dia kahwin muda. Selalunya kalau ada cerita bab kawin ni aku eksaited sikit tapinya donut lagi penting. Donut yang ada coklat kat dalam dia tu yang bila kau gigit coklat dia meleleh tu. Nak menangis je rasa fikir pasal donut.

Aku terkam ibu, sambil merayu dengan muka paling sedih sekali.

"Kakak nak makan donut! Nak big apple buuuu, tolongla."

Ibu kerling sikit.

"Ayah ada dalam bilik, ajak ayah la. Kakak ni, tak nampak ke ibu tengah blablablablaba.....

Powernya seorang ibu ni, dia mampu kasi bebelan di mana saja anda berada. Kecewa babe, kecewa rasa nak gulingkan diri turun tangga. Resah ni, resah tak keruan.  Masuk bilik, aku nekad tukar baju.

"Kakak nak keluar! Kakak, nak beli donut! Pergi sorang!"

Ni naluri gadis umur 21 yang rasa nak memberontak kerana err donut? Ye donut.

"Jangan mengada! Abanggggggg, tengoklaaa anak dara awak ni."

Ayah dengan kain pelikat keluar bilik, jenguk aku dekat tangga.

"Kenapa ni? Nak apa?"

"Kakak nak makan donut...teringin..

Aku tak sempat habiskan ayat tak semena-mena, hujan pun turun dengan lebatnya. Macam tak logik je nak emosi secara tiba-tiba sebab meghoyan nak makan donut pukul 9.45 malam an an an?

Ayah gelak geleng kepala.

"Jom ikut ayah pi makan mamak, jom. Esok laa kita pi beli donut. Sekarang dah pukul berapa pun. Kalau nak sangat nanti ayah order donut dekat mamak."

Donut? Mamak? Heh.

Beberapa minit selepas serangan sawan donut, aku masuk bilik semula sambung tenung siling. Tiba-tiba aku dah tak rasa nak makan donut.

Sekian.


Mengada betei!



7 comments:

asip محمد said...

eeee.. mengada nya.. nasib lu bukan adik gua.. kalau tak gua dah join ibu lu membebel..

Anonymous said...

seb baek ayah layankan aje kan kan?

hahaha.

AdinataGus said...

idam donut time memalam.emm.

APi said...

dasar jobo dan kambing. kakaka

Skull Writers said...

ha ha ha

ghost said...

ni aku konpius gak bila masa mamak ada bikin donut.

pemuzik jalanan said...

Asip- Diam jelaa engko ni. Diam! Haha

Rapunzel- Terpaksa kot

KonspiMaker- Pelik ni, donut big apple tau

APi- Ahh gegadis khennn

ghost- mamak alaf baru ni ghost