22 October 2013

Surat Terakhir.


Memetik kata-kata Aisyah Rais dalam zine kamera.tatami pada ruangan review filem Once ;


"Dalam kehidupan, ada nama-nama yang akan kita ingati sepanjang hayat dengan momen-momen tertentu yang sama ada mendatangkan kemarahan, ketenangan, kelucuan, tapi yang pasti pengajaran. Nama-nama ini bukanlah dari kalangan ibu bapa, adik-beradik, atau saudara mara kita. Tapi nama-nama  yang kau jumpa sebelum berjumpa dengan seseorang yang tepat untuk kau yang menjadi 'buku lama' atau 'buku yang sempat aku baca semasa singgah di satu kedai buku' yang mengajar kita tentang apa itu sebenarnya rasa cinta."

Dan kau, adalah salah satu momen dan nama yang akan aku ingat selalu. Aku belum punya kesempatan untuk ucapkan kata maaf dan terima kasih kerna kau adalah 'buku yang sempat aku baca semasa singgah di satu kedai buku' belum sempat aku lanjutkan bacaan, aku terpaksa pergi tanpa membeli kamu.

Cuma ini ruang yang ada untuk aku ; kamu. Di ruang lain kita masih berlagak biasa dan senyum pada kenangan. Moga kau sentiasa dipeluk bahgia, teman. Aku tak pernah lari, masih ada, cuma masa dan perhatian aku untuk kamu tak sebanyak dulu.

Gadis kecilmu suatu masa dulu,
Rara.


:)

4 comments:

AdinataGus said...

belum sempat aku lanjutkan bacaan, aku terpaksa pergi tanpa membeli kamu.--aku suka part ni :)

Päk Läng said...

semoga dik jah sentiasa bahagia bersama tebu :)

Lelaki said...

chomel sgt coretan ini.

Unknown said...

nama saya awak ingat tak makwe converse?